Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final

Astro Arena
November 2, 2024 17:06 MYT
Letshaana menewaskan lawan dari Taiwan, Liang Ting-yu, dengan kemenangan straight set 21-18, 21-19. - Foto Stadium Astro
PEMAIN perseorangan wanita negara, K. Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia selepas menewaskan lawan dari Taiwan, Liang Ting-yu, dengan kemenangan straight set 21-18, 21-19.
Pemain berusia 21 tahun itu mempamerkan persembahan memukau dalam pertandingan berstatus Super 100 itu dengan menumpaskan cabaran dari rakan senegara, Eng Ler Qi, dan wakil dari tuan rumah, Bilqis Prasista yang mewakili Indonesia.
Ketika mengesahkan dirinya ke separuh akhir, Chiara Marvella Handoyo terpaksa menarik diri di set ketiga, sekali gus membenarkan pilihan ketiga kejohanan itu ke pusingan seterusnya.
Sebagai rekod, kali terakhir Letshaana meraih gelaran juara dalam siri Jelajah Dunia BWF ialah pada tahun lalu dalam Terbuka Uganda yang mengalahkan pemain Turki, Neslihan Yigit. -- Stadium Astro
#perseorangan wanita Malaysia #K Letshaana #melangkah ke akhir #Kejohanan Masters Indonesia #badminton
;