Badminton Malaysia Masters: Zii Jia jumpa Antonsen dalam suku akhir

Astro Arena
Mei 23, 2024 19:35 MYT
Zii Jia akan berdepan pilihan kedua, Anders Antonsen, dari Denmark yang mengalahkan rakan senegaranya, Magnus Johannesen. - Stadium Astro
PILIHAN kelima Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024, Lee Zii Jia, meneruskan rentak kemenangannya dengan mengatasi pemain di ranking ke-26 dunia kelahiran India, Kiran George, sebentar tadi.
Jurang prestasi di antara pemain tampak berat sebelah yang menyaksikan Zii Jia memacu kemenangan set pertama 21-13.
Namun, skrip berbeza ditampilkan Kiran yang mendahului 12-15 sebelum lima mata yang dipungut kembali meletakkan Zii Jia mendahului sebelum menutup permainan 21-18.
Pemain profesional negara itu akan berdepan pilihan kedua, Anders Antonsen, dari Denmark yang mengalahkan rakan senegaranya, Magnus Johannesen.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Lee Zii Jia #Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 #ke suku akhir #Kiran George #Anders Antonsen
;