Badminton Jelajah Dunia BWF: Zii Jia ke separuh akhir

Sinar Harian
Disember 3, 2021 14:15 MYT
Pemain pilihan kedua kejohanan itu bagaimana berdepan tentangan sengit sebelum menjinakkan bintang India, Kidambi Srikanth 21-19, 21-14 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.- Gambar fail
PEMAIN perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara separuh akhir kejuaraan Jelajah Dunia Akhir BWF di Bali pada Jumaat.
Pemain pilihan kedua kejohanan itu bagaimana berdepan tentangan sengit sebelum menjinakkan bintang India, Kidambi Srikanth 21-19, 21-14 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan yang berlangsung selama 37 minit.
Dalam pada itu nasib berbeza dialami beregu perempuan negara Pearly Tan-M Thinaah apabila gagal mengekalkan momentum kemenangan yang diraih ketika menewaskan pasangan Thailand semalam.
Pearly-Thinaah terpaksa akur tewas kepada pasangan pemegang pingat emas Olimpik Tokyo Greysia Poli-Apriyani Rahayu 21-19,21-11 dalam pertarungan yang memakan masa 46 minit.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Jelajah Dunia BWF: Zii Jia ke separuh akhir
#BWF #badminton #Jelajah Dunia Akhir BWF #Lee Zii Jia
;