Badminton Dunia: Zii Jia mudah ke pusingan kedua

Bernama
Ogos 22, 2022 20:17 MYT
Zii Jia yang turun selaku pilihan kelima kejohanan akan berdepan pemain Portugal Bernardo Atilano pada pusingan kedua esok. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia mudah menumbangkan pemain bukan pilihan Brice Leverdez pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun hari ini.
Pemain profesional di ranking kelima dunia itu menampilkan aksi bertenaga apabila menundukkan pemain Perancis 21-9, 21-13 dalam pertarungan berlangsung 39 minit di Tokyo Metropolitan Gymnasium.
Zii Jia yang turun selaku pilihan kelima kejohanan akan berdepan pemain Portugal Bernardo Atilano pada pusingan kedua esok.
Atilano diberikan laluan mudah selepas pemain Jerman Max Weisskirchen menarik diri.
Turut melangkah ke pusingan kedua, beregu profesional wanita negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien yang menewaskan pasangan dari Jerman Linda Efler-Isabel Lohau 21-17, 21-15.
#Kejohanan Badminton Dunia #Tokyo #Lee Zii Jia #Malaysia
;