Badminton Dunia BWF: Dua beregu campuran negara ke suku akhir

Astro Arena
Ogos 25, 2022 19:40 MYT
Pasangan Goh Soon Huat-Shevon Lai akan bertemu pilihan ketiga tuan rumah, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dalam perebutan tempat ke separuh akhir, esok. - Stadium Astro
DUA beregu campuran negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF selepas menewaskan lawan masing-masing di Gimnasium Metropolitan Tokyo hari ini.
Pasangan Goh Soon Huat-Shevon Lai terlebih dahulu mengesahkan kemaraan selepas menumbangkan beregu pilihan ketujuh dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.
Gandingan negara itu hanya memerlukan 38 minit untuk mencatatkan kemenangan 21-16, 21-14, sekali gus akan bertemu pilihan ketiga tuan rumah, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dalam perebutan tempat ke separuh akhir, esok.
Turut cemerlang adalah pasangan pilihan kelapan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang tidak berdepan masalah untuk menumbangkan wakil Jepun, Kyohei Yamashita-Naru Shinova.
Kian Meng dan Pei Jing menamatkan pertarungan selama 41 minit itu dengan kemenangan 21-12, 21-14 untuk mencongak perhitungan dengan pilihan utama dari China, Zheng Si Wei-Huang Yi Qiong, dalam suku akhir. -- Stadium Astro
#Badminton Dunia BWF #beregu campuran negara #Goh Soon Huat-Shevon Lai #Tan Kian Meng-Lai Pei Jing
;