Badminton: Beregu lelaki kedua negara mara ke separuh akhir
Astro Arena
November 16, 2013 13:05 MYT
November 16, 2013 13:05 MYT
Beregu lelaki kedua negara, Hoon Thien How / Tan Wee Kiong meneruskan aksi cemerlang mereka dengan mara ke separuh akhir Siri Super Terbuka China di Shanghai selepas menewaskan lawan dari Russia 21-14, 18-21 dan 21-15.
Thien How / Wee Kiong yang mengejutkan pilihan kedua Mathias Boe / Carsten Mogensen dari Denmark di pusingan pertama memerlukan hampir sejam untuk menjinakkan Vladimir Ivanov / Ivan Sozonoz yang sebelum ini menyingkirkan beregu utama negara Koo Kien Keat / Tan Boon Heong di pusingan kedua.
Klik video untuk berita penuh.