Badminton: Atlet paralimpik negara antara calon pemain terbaik BWF

Astro Arena
Disember 4, 2015 16:58 MYT
Cheah Liek Hou telah dicalonkan Pemain Lelaki Terbaik Badminton Paralimpik oleh BWF.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mencalonkan pemain perseorangan badminton paralimpik negara Cheah Liek Hou (Sukan SU Kelas 5), sebagai Pemain Lelaki Terbaik Badminton Paralimpik.
BWF dalam satu kenyataan hari ini turut menyenaraikan dua nama lain, Lee Sam Seop dari Korea (WH 1) dan Bartlomiej Mroz (SU 5) dari Poland, untuk memenangi anugerah yang pertama kali diberikan kepada atlet kurang upaya.
Sementara itu, bagi Pemain Badminton Paralimpik Wanita, calon-calonnya ialah Saena Kawakami (Jepun) dan dua pemain China, He Bingjiao serta Chen Qingchen.
Dua pemain lelaki dari China, Huang Kaixiang dan Zheng Siwei juga akan bersaing untuk memenangi anugerah bakat baharu dalam sukan badminton dunia.
Cheah kini berada di Singapura bagi menyertai saingan Kejohanan Sukan Paralimpik ASEAN.
Beliau kini merupakan pemain nombor satu dunia yang memenangi dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Paralimpik Dunia 2015, dua pingat emas (Kejohanan Antarabngsa Sepanyol 2015), dua pingat emas (Kejohanan Antarabangsa China 2015) dan satu pingat emas dan satu perak pingat (Kejohanaan Antarabangsa Indonesia 2015).
Para pemenang untuk anugerah BWF itu akan diumumkan pada majlis resepsi dan Makan Malam Gala sempena Final Super Siri Dunia, di Al Badia Golf Club, Dubai pada 7 Dis.
#atlet paralimpik #badminton #Badminton World Federation #Bartlomiej Mroz #BWF #Cheah Liek Hou #Lee Sam Seop
;