Badminton: Amelia tidak gentar beraksi di Jakarta
Astro Arena
Julai 1, 2015 16:00 MYT
Julai 1, 2015 16:00 MYT
Pemain beregu wanita negara, Amelia Alicia Anscelly tidak gusar walaupun kurangnya pertandingan dalam persediaan untuk hadapi kejohanan dunia.
Susulan kejayaan meraih pingat emas di temasya sukan SEA Singapura, Amelia bersama gandingannya, Soong Fie Cho kembali jalani latihan seperti biasa di Bukit Kiara.
Ketika beberapa pemain lain sibuk mempersiapkan diri bagi hadapi GP Emas Terbuka Taiwan, lain pula kisahnya buat Amelia-Fie Cho.
Sebaliknya mereka hanya akan menyertai Terbuka Perak yang dijadualkan bermula 26 Julai depan.
Begitupun Amelia tetap melihat perkara ini daripada aspek positif apatah lagi tumpuan utama mereka kini adalah kejohanan dunia di Jakarta.
"Saya rasa ada baiknya juga sebab kita pun asyik tournament saja then training ada sikit kurang so saya rasa ini chance untuk kita untuk develop kita punya muscle back, kita punya gym training, kita punya skill training, everything dekat dalam court so saya rasa it's a good way, kita tengok bright side dalam preparation untuk world champ," ujar Amelia.
Gandingan Amelia-Fie Cho raih emas Sukan Sea selepas menewaskan juara bertahan dan beregu nombor satu negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei.
Ini merupakan kali kedua mereka mengejutkan Vivian-khe wei selepas atasi mereka di terbuka india, januari lalu.
Lantas Amelia harapkan momentum terbaik di sukan sea dapat dikekalkan sehingga kejohanan dunia nanti.
"Sekarang baru dua minggu training so tapi itu momentum masih ada so saya harap itu form masih continue, macam kita dekat Sea Games so harap-harap kita boleh maintain kita punya confident, kita punya game of style dekat dalam court so kita boleh perform better dekat world champ."