Badminton: Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah bantu BAM
Astro Arena
Februari 6, 2024 19:33 MYT
Februari 6, 2024 19:33 MYT
SENTUHAN kepakaran Indonesia terus ditagih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila membawa masuk dua bekas pemain kebangsaan Indonesia, Ade Yusof Santoso dan Gerardo Rizqullah Hafidz bagi dijadikan rakan sepelatih.
Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah akan bantu mempersiapkan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.
Mereka turut membantu mempersiapkan skuad negara menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) yang akan membuka tirainya 13 hingga 18 Februari ini.
Satu perlawanan simulasi secara tertutup antara pemain-pemain kebangsaan dan pemain yang beraksi di BATC akan dijalankan di Akademi Badminton Malaysia (BAM) pada Jumaat ini sebagai persediaan menghadapi kejohanan itu.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#jurulatih beregu
#Ade Yusof Santoso
#Gerardo Rizqullah Hafidz
#badminton
#BAM
#olimpik paris
#Pearly Tan
#M Thinaah