PETALING JAYA: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menggesa semua persatuan sukan melakukan semakan semula akaun bank masing-masing bagi memastikan akauntabiliti serta ketelusan tadbir urus kewangan terjamin.
Beliau berkata, ini bagi memastikan urusan pengeluaran wang badan induk sukan negara dilakukan secara telus tanpa sebarang kecuaian atau keraguan pihak yang terlibat dalam menguruskan kewangan akaun persatuan.
"Ini adalah amaran kepada semua persatuan sukan supaya segera menyemak semula kedudukan kewangan masing-masing bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab menjaga akaun persatuan menjalankan amanah dengan baik selepas apa terjadi di Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yang menghadapi masalah kes pecah amanah.
"Jangan ambil mudah sebab ia melibatkan duit rakyat dan penaja, kalau tidak letak orang profesional akan berlaku perkara sedemikian rupa," katanya kepada pemberita selepas pengumuman barisan atlet negara yang tercalon dalam Top 5 kategori Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro, di sini, pada Rabu.
Mohamad Norza turut menyarankan badan induk sukan untuk melantik individu mempunyai latar belakang perakaunan untuk menyandang jawatan berkaitan urusan mengendalikan akaun persatuan bagi menjamin tanggungjawab yang diberikan akan digalas dengan sebaiknya.
"Kita harus menerapkan nilai profesional dalam pentadbiran kita untuk lebih berjaya dalam industri sukan di mana kita boleh laksanakan sistem perakaunan mudah...laburkan RM2,000 atau RM3,000 untuk memperoleh perisian perakaunan untuk bantu persatuan mengurus kewangan dengan lebih telus dan teratur," katanya.
Pada Isnin, KRM membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu yang belum diketahui jumlah kerugian.
BACA: KRM buat laporan polis pecah kes amanah libatkan kakitangan
Kejadian pecah amanah itu disyaki dilakukan seorang daripada kakitangannya yang tidak dapat dihubungi dan dikesan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
Mohamad Norza turut menyarankan badan induk sukan untuk melantik individu mempunyai latar belakang perakaunan untuk menyandang jawatan berkaitan urusan mengendalikan akaun persatuan. - Foto fail/BERNAMA
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Israel mendakwa sedang menjalankan aktiviti memerangi keganasan termasuk serangan udara di Jenin.
Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.
Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri
MOM masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris
Presiden Persatuan Badminton Malaysia yakin dan percaya bahawa barisan pemain negara akan 'meletup' pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Hormati keputusan Norza untuk letak jawatan sebagai Presiden BAM selepas Olimpik - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menghormati keputusan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Sukan Olimpik Paris 2024.
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.