BAC: Pearly tarik diri akibat masalah kesihatan

Bernama
April 19, 2023 19:16 MYT
Pearly Tan menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia 2023 kerana masalah kesihatan. - Gambar fail/BAM
KUALA LUMPUR: Hasrat untuk melihat gandingan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah mencipta sensasi pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 bulan ini tidak kesampaian selepas Pearly terpaksa menarik diri susulan masalah kesihatan.
Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi hantaran di Instagram, petang ini.
"Pearly Tan menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia 2023 kerana masalah kesihatan," menurut hantaran itu.
BAC 2023 akan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 25 hingga 30 April ini.
Pada edisi lalu di Filipina, Pearly-Thinaah, pasangan ranking kelapan dunia dan juara Terbuka Perancis 2022 berjaya mara sehingga ke suku akhir.
-- BERNAMA
#Pearly Tan #tarik diri #BAC 2023 #kejohanan badminton asia
;