BAC 2024: Sze Fei-Nur Izzuddin cipta sensasi singkir jaguh dunia

Bernama
April 10, 2024 23:00 MYT
Gandingan ranking ke-19 dunia itu, ternyata tampil luar biasa mengejutkan gandingan ranking nombor dua dunia berkenaan 21-13 dan 21-18 dalam tempoh 44 minit. - Gambar fail/FB BAM
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi tersendiri, dengan menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.
Gandingan ranking ke-19 dunia itu, ternyata tampil luar biasa mengejutkan gandingan ranking nombor dua dunia berkenaan 21-13 dan 21-18 dalam tempoh 44 minit.
Menanti mereka di pusingan kedua, gandingan ranking ke-11 dunia negara tuan rumah China He Jiting-Ren Xiangyu.
Dua pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mengiringi kemaraan ke pusingan kedua, selepas menewaskan lawan masing-masing.
Wei Chong-Kai Wun menewaskan gandingan tuan rumah Chen Bo Yang-Liu Yi, 21-15 , 21-12 dan akan bertemu wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, sementara Aaron-Wooi Yik yang menewaskan gandingan India Hariharan Amsakarunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi, 21-15, 21-14 akan bertemu wakil Jepun Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.
-- BERNAMA
#tuan rumah #BAC 2024 #mencipta sensasi #pusingan kedua
;