Hasrat pelumba berbasikal trek negara Azizulhasni Awang mengulangi sejarah 10 tahun lepas di bumi Poland, tidak kesampaian apabila terkandas di pusingan kelayakan acara pecut di Kejohanan Dunia kali ini.
Azizulhasni yang nyata terkilan kerana gagal berbuat demikian, sekadar menduduki tangga ke-30 daripada 34 pelumba keseluruhan selepas mencatat masa 10.022 saat.
Katanya, kondisi badan yang kurang baik ekoran terlibat dalam kemalangan ketika acara keirin pada Jumaat, menjejaskan kayuhan beliau.
"Sejujurnya memang terkilan, tetapi setakat itu sahaja yang mampu saya berikan dengan keadaan kondisi badan, selepas terlibat di dalam kemalangan semalam (Jumaat).
"Seperti biasa, selepas tamat kejohanan besar saya dan pasukan, akan duduk semeja melakukan post-mortem dan memperbaiki mana-mana ruang yang perlu, dan merencana perancangan untuk musim hadapan," katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook awal pagi ini.
Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocketrocket Man itu turut menyatakan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong beliau dan pelumba negara yang lain.
"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya dan pasukan.
"Kalah sekali bukan bermaksud kalah selamanya, yang penting kita terus mencuba dan bangkit dari kekalahan ini. Insyaallah," katanya.
Selain Azizulhasni, turut serta dalam acara pecut individu lelaki Mohd Shah Firdaus Sahrom menduduki tempat ke-31 dengan masa 10.090s manakala Muhammad Firdaus Mohd Zonis di tangga ke-34 dengan 10.242s.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2019
The Pocketrocket Man ini turut menyatakan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong beliau dan pelumba negara yang lain. - Facebook @azizulawangofficial
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
Olimpik Paris 2024: Beasley perhalusi kelebihan taktikal Nurul Izzah, tingkat penguasaan selekoh
John Beasley mengakui masih banyak perlu dilakukan bagi mempersiapkan pelumba wanita Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk bersaing.
Olimpik Paris: ISN guna khidmat Dr Jeffrey pantau situasi Mohd Azizulhasni
ISN akan menggunakan khidmat Dr Jeffrey Jeswant Dillon untuk memantau situasi jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang di Olimpik Paris nanti.
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni kongsi detik cemas tersesat ketika jalani latihan
Sesat semasa berlatih di Silverstone, United Kingdom bersama Nurul Izzah merupakan pengalaman yang sukar dilupakan Azizulhasni.
Kem basikal trek bawa basikal baharu ke Olimpik Paris 2024
Kem berbasikal negara mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila bakal menerima basikal baharu WX-R Vorteq versi temasya itu.
Daya ketahanan mental lebih baik daripada sebelum ini - Azizulhasni
Azizulhasni menetapkan sasaran untuk memenangi emas di Olimpik Paris pada penampilan terakhirnya dan kelima di temasya terbesar dunia itu.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni
Azizulhasni berkata pihaknya dan pasukan berpuas hati dengan prestasi yang dicapai pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu di Shizuoka, Jepun itu.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.