Pelumba sensasi negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya menebus kehampaan apabila merangkul kejuaraan dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan yang berakhir di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat.
Selepas gagal meraih sebarang pingat dengan sekadar menduduki tempat keempat dalam acara pecut dua hari lepas, Azizulhasni mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mengenepikan seorang lagi pelumba berpengalaman kebangsaan, Josiah Ng yang meraih pingat perak.
Azizulhasni mengungguli acara berkenaan dengan catatan masa 11.035 saat diikuti Josiah 11.085s, manakala pelumba Melaka, Muhd Arfy Qhairant Amran meraih gangsa dengan catatan 11.173s.
Ketika ditemui pemberita, Azizulhasni berkata kegagalan meraih sebarang pingat dalam acara pecut tidak mematahkan semangatnya untuk beraksi cemerlang dalam acara keirin yang merupakan acara kegemarannya.
Pada masa sama, beliau memuji beberapa pelumba muda yang menunjukkan peningkatan pada kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu.
"Pelumba junior telah menunjukkan prestasi yang baik dan setanding dengan pelumba elit pada kejohanan ini dan saya berasa tercabar melihat aksi pelumba-pelumba baharu ini.
"Saya harap kita dapat mencungkil lebih ramai lagi bakat baharu pada masa akan datang," katanya bahawa pelumba seperti Muhd Arfy Qhairant Amran, Muhammad Firdaus Mohd Zonis, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Asyraf Naim Ying berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam sukan berbasikal pada masa hadapan.
Sementara itu, Josiah yang meraih pingat emas dalam acara pecut, sudah menjangkakan persaingan sengit antara beliau dan Azizulhasni dalam acara keirin.
"Memang biasa, jika bukan saya menjadi juara, Azizulhasni yang akan jadi juara (dalam acara keirin)," katanya.
Bernama
Sat Jun 15 2013
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Kisah Josiah Ng: Pernah 'dihalau' bapa, jual biskut untuk beli basikal
Pada usia 14 tahun, dia berjaya memiliki sebuah basikal pada harga AS$250 (RM970), berkat kegigihannya mengumpul wang hasil jualan biskut berharga AS$1 yang dibuatnya.
Sukan Asia: Skuad berbasikal sumbang perak, gangsa
Tiada kilauan emas daripada acara berbasikal trek sebaliknya kem berbasikal menyumbang satu pingat gangsa dalam acara keirin lelaki akhir.
Josiah Ng menyinar, Azizulhasni malap dalam Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan
Josiah Ng mencatat kemenangan berganda manakala Azizulhasni Awang pula hambar dalam Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom KL.