Azizulhasni rampas semula gelaran Raja Pecut Asia

Astro Arena
Jun 16, 2023 21:12 MYT
Datuk Azizulhasni Awang membuktikan kewibawaannya dengan merampas semula pingat emas acara pecut individu elit lelaki Kejohanan Lumba Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023. - Foto BERNAMA
DATUK Azizulhasni Awang membuktikan kewibawaannya dengan merampas semula pingat emas acara pecut individu elit lelaki Kejohanan Lumba Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023.
Azizulhasni mengangkat tayarnya sebaik mencecah garisan penamat di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, itu bagi mengulangi kejayaan edisi 2020 di Korea Selatan apabila mengetepikan pelumba Jepun, Kaiya Ota 2-0, di pentas final sebentar tadi.
The Pocket Rocketman yang mengatasi seorang lagi pelumba Jepun, Kento Yamasaki, 2-0 dalam separuh akhir dengan merakamkan kayuhan bertenaga 9.523s, sekali gus mengatasi rekod kebangsaan 9.548s yang dilakukannya dalam Kejohanan Dunia 2020 di Jerman.
#Azizulhasni Awang #Raja Pecut Asia #ACC 2023 #pingat emas
;