Azizulhasni raih emas acara keirin di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017
Astro Awani
April 13, 2017 22:45 MYT
April 13, 2017 22:45 MYT
Pelumba negara, Azizulhasni Awang muncul Raja Acara Keirin selepas memenangi pingat emas di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 yang berlangsung di Hong Kong malam ini.
Pelumba yang bergelar ‘The Pocketrocket Man’ itu merupakan atlet pertama negara memenangi emas di kejohanan trek dunia sekaligus menyarung jersi pelangi yang menjadi buruan pelumba.
Pemenang pingat gangsa Olimpik Rio itu menewaskan pelumba dari Colombia, Fabian Puerta Zapata dan Tomas Babek dari Republik Czech.
Mohd Azizulhasni hanya berjaya memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark selain memenangi pingat gangsa, dua kali -- di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara keirin.
Pelumba kelahiran Terengganu itu juga memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.