Azizulhasni laungkan amaran

Astro Arena
Julai 12, 2015 14:00 MYT
Kelayakan ke Olimpik bagi acara berbasikal trek akan bermula November nanti.
Pelumba basikal sensasi negara, Azizulhasni Awang, mencatatkan kemenangan dalam acara keirin di siri kedua Piala Trek, Jepun sekaligus meletakkannya dilandasan tepat untuk mengharungi cabaran Olimpik, Rio.
Azizulhasni yang menggemarkan acara keirin, melaungkan kesediaannya menempah tempat ke Sukan Olimpik, Rio apabil apabila meraih pingat emas di hadapan pemegang pingat perak Sukan Asia Incheon, Kazunari Watanabe, dan juara dunia 2011, Shane Perkins yang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.
Suntikan semangat susulan kekecewaan pingat gangsa siri pertama pada Jumaat lepas merupakan faktor keunggulannya kali ini. Namun, Azizulhasni yang juga pemegang pingat gangsa di Kejuaraan Trek Dunia, Paris mahu meneruskan momentum kemenangan dalam acara pecut yang dijadual berlangsung pada Ahad.
Kelayakan ke Olimpik bagi acara berbasikal trek akan bermula November nanti.
Azizulhasni mula menyerlah 5 tahun lalu dan pernah mengalami kecederaan di peha ketika perlumbaan, setakat ini merekod pencapaian terbaik antaranya pingat emas di Piala Dunia 2010 menerusi acara keirin.
#Azizulhasni Awang #basikal #keirin #Olimpik Rio
;