KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang akan mengadakan pertemuan bersama Penyelaras Program Jawatankuasa Road To Gold (RTG) Datuk Stuart Ramalingam minggu hadapan, bagi membincangkan keperluan dan kebajikan yang diperlukannya sebelum ini.
Pelumba berusia 35 tahun itu berkata hasil pertemuan itu penting, bagi membolehkannya untuk terus menampilkan aksi terbaik, ketika menggalas cabaran negara di pentas antarabangsa.
"Memang sepatutnya saya berjumpa dengan pihak (RTG) beberapa hari lalu, namun jadual saya agak padat, jadi hanya tahu mengenai permintaan diluluskan melalui surat khabar dan portal berita, dan hanya akan berjumpa dengan Stuart pada awal minggu hadapan.
"Jadi buat masa ini tidak tahu secara terperinci (mengenai maklumat permintaan yang diluluskan)," katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Olimpik 2023: Majlis Olimpik Malaysia-Kementerian Pendidikan Malaysia, di Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini hari ini.
Pada Isnin lepas (19 Jun), Jawatankuasa RTG bersetuju melunaskan segala permintaan yang dipohon jaguh berbasikal yang sinonim dengan julukan The Pocket Rocketman itu, untuk memastikan atlet tersebut mendapat segala apa yang diperlukan bagi berada di prestasi terbaik menjelang Olimpik Paris 2024.
Mohd Azizulhasni sebelum ini dilaporkan telah meluahkan rasa kecewanya terhadap Majlis Sukan Negara (MSN), yang gagal menyediakan sistem sokongan lengkap di sini sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik itu.
Juara Dunia Berbasikal Trek Keirin 2017 itu berkata beberapa siri perbincangan telah dibuat dengan MSN, dalam tempoh setahun sebelum beliau kembali ke tanah air daripada pangkalan latihan di Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional di Nilai pada awal tahun ini, namun sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian.
Dalam perkembangan lain, juara keirin ACC 2023 itu menzahirkan kesyukuran atas segala penat lelah yang disifatkan berbaloi, apabila ranking terkini beliau dalam Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi acara keirin dan pecut, meningkat.
"Saya tidak bimbang mengenai ranking, sebab saya memang tidak menyetai perlumbaan musim lepas, namun sebaik bermula dan kini menjadi nombor tiga dunia sudah semestinya menaikkan semangat diri ini. Ranking ini menunjukkan pasukan berbasikal dalam landasan tepat, untuk pergi ke Sukan Olimpik," katanya.
Kedudukan pemenang pingat perak keirin Olimpik Tokyo 2020 itu meningkat daripada tangga ke-10 ke kedudukan ketiga di belakang pelumba Australia Matthew Richardson, yang berada di posisi kedua keirin dunia, manakala juara dunia dari Belanda Harrie Lavreysen, berada di tempat pertama.
Bagi acara pecut pula, menyaksikan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu melonjak daripada kedudukan ke-19 untuk menghuni tangga keenam, di belakang pelumba Israel Mikhail Yakovlev di tangga kelima dan pelumba Jepun Kaiya Ota, di kedudukan keempat.
April tahun lepas Azizul telah menjalani pembedahan, susulan masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur daripada aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang (tengah) ketika ditemu bual media selepas Majlis Sambutan Hari Olimpik 2023 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, hari ini. - Foto BERNAMA
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.
Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.
Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.