Azizulhasni buat 'cameo' lagu raya Alif Satar & The Locos!

Astro Arena
Mac 20, 2025 15:40 MYT
Dalam video muzik tersebut, Azizul nampak gembira menunggang motosikal sambil menyanyi bersama Alif Satar & The Locos. - Stadium Astro
THE Pocket Rocketman, Datuk Azizulhasni Awang tampil membuat cameo (penampilan istimewa) dalam satu video muzik sempena Hari Raya Aidilfitri bersama selebriti sensasi Alif Satar & The Locos yang berjudul 'Ini Hari Raya'.
Dalam video muzik tersebut, Azizul nampak gembira menunggang motosikal sambil menyanyi bersama kumpulan muzik itu. Lagu Hari Raya Aidilfitri itu setakat ini telah mencapai 55,000 penonton dalam masa sembilan hari.
Apa pendapat anda? Selain menjadi atlet berbasikal trek berprestij tanah air, Jijoe mempunyai bakat dalam bidang lakonan atau tidak? Anda boleh saksikan video muzik 'Ini Hari Raya' oleh Alif Satar & The Locos di Youtube hari ini.

Raikan Raya bersama Daikin! Saksikan video Raya Daikin Alif Satar & The Locos bersama penampilan khas Duta Daikin, Dato Azizulhasni Awang Tonton video ini di saluran rasmi YouTube Alif Satar atau melalui pautan berikut : pic.twitter.com/VJRn3LlRcF

— Selangor FC (@selangorfc) March 18, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- Stadium Astro
#Azizulhasni Awang #penampilan istimewa #Hari Raya Aidilfitri #Ini Hari Raya
;