Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi

Khalis Khadir
September 11, 2024 12:40 MYT
The Pocket Rocketman, Datuk Azizulhasni Awang. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Selepas menutup tirai Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai penampilan terakhir, pelumba trek negara Datuk Azizulhasni Awang kini bersedia meneruskan kariernya sebagai penasihat prestasi.
Perkara itu dikongsikan menerusi laman sosial beliau hari ini, dengan menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
Menerusi perkongsian itu, warganet dilihat memberi maklum balas dengan menyuarakan sokongan penuh terhadap perjalanan karier The Pocket Rocketman dan mendoakan urusannya dipermudahkan.
Pada temasya Olimpik lalu, Azizulhasni tersingkir dalam acara keirin ketika pusingan kelayakan, atas faktor teknikal.
Namun kegagalan itu tidak melenyapkan kejayaannya sebelum ini yang memperoleh pingat perak pada Olimpik Tokyo 2020, gangsa pada Olimpik Brazil 2016 dan emas pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017.
#Azizulhasni Awang #penasihat prestasi #pelumba basikal #Sukan Olimpik Paris 2024
;