Azeem pilih Universiti Auburn kembangkan karier olahraga
Sinar Harian
November 18, 2022 10:50 MYT
November 18, 2022 10:50 MYT
RAJA pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi sah memilih Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraganya.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan di media sosial pasukan trek dan balapan universiti berkenaan, poster atlet berusia 18 tahun itu dimuat naik berserta kapsyen yang mengalu-alukan kedatangannya.
“Malaysia ke Auburn. Welcome home Azeem Fahmi,” tulis hantaran tersebut.
Pemilihan Azeem untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tersebut menyaksikan anak jati Perak itu akan berguru bersama bekas pemegang rekod dunia 100 meter, Leroy Burrell yang bertindak sebagai ketua jurulatih trek dan balapan Universiti Auburn.
Seblum ini isu Azeem akan melanjutkan pelajaran hangat diperkatakan selepas dia berjaya memecahkan rekod 100m kebangsaan pada Kejohanan Remaja dunia di Cali, Colombia, Selasa lalu menerusi catatan 10.09 saat (s).
Dia memadam rekod lama milik Khairul Hafiz Jantan, 10.18s yang dilakukan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016. - Sinar Harian