Azeem buru keputusan terbaik tanpa tekanan di Kuantan

Sinar Harian
Jun 14, 2024 08:00 MYT
Mohd Azeem menjulang nama Malaysia apabila merangkul pingat emas acara 4×100m dalam saingan Tom Jones Memorial Invitational di Amerika Syarikat, Ahad lalu. - Foto Sinar Harian
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mengakui tidak meletakkan sebarang sasaran masa pada Kejohanan Olahraga Terbuka Cahya Mata Malaysia 2024 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur di sini bermula hari ini hingga Ahad.
Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu sebaliknya berkata, dia hanya perlu fokus, tenang dan bebas sebarang tekanan untuk mencari keputusan terbaik.
Menurutnya, semua berada dalam keadaan baik dan dia bersedia sepenuhnya untuk berlari pada kejohanan itu.
"Saya perlu kekal fokus dan tenang. Insya-ALLAH saya yakin dapat lari dan mendapat keputusan terbaik minggu ini," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Darul Makmur di sini semalam.
Muhammad Azeem berkata, cabaran terbesar untuk kejohanan itu adalah dirinya sendiri.

go time, bismillah.

— azeemfahmi (@_azeemf) June 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pada masa sama, saingan pasti ada kerana kita tahu Malaysia banyak pelari pecut yang bagus bukan sahaja dalam kalangan atlet senior tapi juga atlet muda.
"Jadi sudah pasti mereka akan beri cabaran kepada saya namun secara jujurnya cabaran terbesar bagi saya minggu ini adalah diri saya sendiri," ujarnya yang akan menyertai acara 100 meter dan 200 meter pada kejohanan itu.
Muhammad Azeem berkata, semua orang mungkin mengharapkan 'sesuatu' agar dia layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.
"Itu yang semua orang harapkan tapi saya ada matlamat sendiri dan tahu apa yang boleh dilakukan minggu ini," katanya.

Welcome home and Good luck Champ! @_azeemf pic.twitter.com/4Eg91F9fsI

— Hasyim Johar (@banihasyim87) June 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mohd Azeem menjulang nama Malaysia apabila merangkul pingat emas acara 4×100 meter (m) dalam saingan Tom Jones Memorial Invitational di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Kejohanan anjuran Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan AS (NCAA) itu berlangsung di Gainesville, Florida menyaksikan pelari itu menjadi sebahagian daripada kuartet 4x100m Universiti Auburn.
Pelajar Universiti Auburn itu akan menyertai Terbuka Kazakhstan (23-24 Jun) dan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Surabaya-Malang, Indonesia pada 2 hingga 5 Julai.
Kejohanan Olahraga Terbuka Cahya Mata Malaysia 2024 disertai 578 atlet dari sembilan negara terdiri Malaysia, Rusia, Singapura, Australia, Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India dan Filipina. - Sinar Harian

38.03s!! The Auburn quartet of Azeem Fahmi , Kanyinosola Ajayi , Dario Matau and Maka Charamba clock the third fastest time in collegiate history to take the NCAA 4x100m title ahead of LSU (38.21s) & Houston (38.25s) pic.twitter.com/D1eivkZJNe

— World Athletics Hub (@wldathleticshub) June 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Azeem Fahmi #Kejohanan Olahraga Terbuka Cahya Mata Malaysia 2024 #pelari pecut negara #Sukan Olimpik Paris 2024
;