Azarenka tarik diri kejohanan Dubai
Astro Awani
Februari 20, 2013 08:04 MYT
Februari 20, 2013 08:04 MYT
Pemain tenis Belarus, Victoria Azarenka terpaksa menarik diri daripada kejohanan Dubai berikutan kecederaan tulang kaki kanan.
Azarenka akan berehat di Amerika Syarikat bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan Indian Wells.
Juara terbuka Australia itu berkata kecederaan berkenaan dialami ketika saingan terbuka Qatar baru-baru ini.
Biarpun berjaya mempertahankan gelaran kejohanan itu tiada sebarang tanda menunjukkan dia beraksi dalam kesakitan.
Azarenka sebelum ini dibidas kerana tindakannya melengahkan permainan pada saingan separuh akhir terbuka Australia Januari lalu atas alasan perubatan.
Situasi ini menyaksikan Serena Williams mampu mengekalkan kedudukan di ranking nombor satu dunia sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu lagi.