Azarenka pertahankan gelaran Terbuka Australia
Astro Awani
Januari 27, 2013 09:41 MYT
Januari 27, 2013 09:41 MYT
Pemain nombor satu dunia wanita, Victoria Azarenka mempertahankan gelaran selepas mengatasi Li Na di final tenis Terbuka Australia.
Azarenka bagaimanapun memerlukan aksi tiga set sebelum mengatasi lawan dari China itu.
Pemain Belarus itu bermula perlahan di Set pertama dengan menyaksikan Li Na lebih banyak menguasai gelanggang.
Hasilnya set itu memihak kepada Li Na dengan kemenangan 6-4 meskipun mengalami kecederaan pada buku lalinya.
Azarenka kemudian memperkemaskan rentak permainan dalam set berikutnya.
Li Na sekali lagi mengalami kecederaan namun kali ini mengakibatkannya terjatuh di atas gelanggang.
Selepas mendapat rawatan, pemain China itu tewas 4-6 kepada Azarenka.
Pada set penentuan pula menyaksikan penguasaan penuh Azarenka yang memenangi lima dari enam game untuk menutup pertemuan dengan keputusan 6-3.
Kemenangan ini memastikan kedudukan Azarenka sebagai pemain nombor satu dunia apabila ranking baru Jelajah WTA diumumkan pada Isnin ini.