Axelsen tewaskan Naraoka untuk pertahan gelaran Terbuka Malaysia

Bernama
Januari 15, 2023 18:16 MYT
Pemain perseorangan Denmark Viktor Axelsen bergembira selepas menang ketika menentang pemain Jepun Kanta Tsuneyama pada separuh akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu dunia Viktor Axelsen memulakan kempen musim 2022 dengan baik sama seperti musim lepas, dengan mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia.
Axelsen menjadi pemain badminton dari Eropah pertama yang berjaya mempertahankan gelaran itu, menewaskan bintang baharu Jepun Kodai Naraoka 21-6, 21-15 dalam masa 40 minit di Arena Axiata.
Juara Olimpik dan juara dunia itu, membawa pulang AS$87,500 (kira-kira RM379,300) hadiah wang kemenangan kerana memenangi kejohanan pembuka musim Super 1000, manakala Naraoka menerima AS$42,500 (kira-kira RM 184,200).
- BERNAMA
#viktor axelsen #Terbuka Malaysia #badminton #Kodai Naraoka
;