Avramovic sah meninggalkan Singapura

Astro Awani
Disember 24, 2012 09:23 MYT
Pemangkin di belakang kejayaan Singapura sudah pasti pengendali skuad Republik itu Raddy Avramovic.
Namun, Avramovic mengesahkan akan meninggalkan Temasik selepas sembilan tahun bersama.
Sebelum aksi final kedua dengan Thailand di Bangkok, laman web Goal.com melaporkan Avramovic akan melaraikan ikatannya dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).
Kontrak Avramovic dilaporkan berakhir pada awal tahun depan.
Apa pun, bekas penjaga gol Notts County ini adalah jurulatih Singapura yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak Republik itu sejak berpisah dengan Malaysia pada 1965.
Dibawah kendaliannya, Singapura mengamalkan pendekatan taktikal disiplin serta bermain mengikut kekuatan keseluruhan pasukan.
Avramovic membawa Singapura mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2012 dan 2014.
Dia juga melakar sejarah sebagai jurulatih pertama meriah tiga kejuaraan Piala AFF apabila Singapura mengesahkan kejuaraan keempat pada Sabtu.
#jurulatih #Raddy Avramovic #Singapura
;