Aubameyang bakal sertai Arsenal
Ian Johan Ariff
Januari 29, 2018 19:22 MYT
Januari 29, 2018 19:22 MYT
PENYERANG kelab Jerman Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang semakin hampir untuk menyertai kelab London, Arsenal.
The Gunners dilaporkan meningkatkan bidaan £44 juta kepada £55.4 juta untuk mendapatkan persetujuan Dortmund menjual penyerang antarabangsa Gabon itu.
Bayaran tersebut merupakan rekod baharu bagi Arsenal selepas dilaporkan membayar £46.5 juta untuk Alexandre Lacazette dari kelab Perancis, Lyon.
The Telegraph melaporkan Aubameyang akan menerima gaji £180,000 seminggu sehingga 2021 dan bakal berganding semula dengan bekas rakan sepasukannya di Dortmund, Henrikh Mkhitarayan di London.
Penyerang Armenia itu baharu sahaja menyertai Arsenal dari Manchester United, dalam satu perjanjian pertukaran pemain dengan Alexis Sanchez.
Dengan persetujuan ini, Olivier Giroud dijangka berhijrah keluar dengan pilihan untuk menyertai Dortmund dalam satu perbincangan berasingan untuk penyerang Perancis itu.
Arsenal sebelum ini turut menjual pemain sayap, Theo Walcott kepada Everton dan kehadiran Mkhitarayan serta Aubameyang diharap dapat terus meningkatkan prestasi pasukan the Gunners.
Walaupun berdepan masalah disiplin di Dortmund, Aubameyang berjaya menjaringkan 21 gol dalam 24 perlawanan musim ini.
Bidaan Arsenal sekitar £44 juta untuk mendapatkan khidmat Aubameyang sebelum ini ditolak Dortmund.
Arsenal kini menduduki tangga ke-6 Premier League dengan 42 mata, 23 mata dibelakang pendahulu liga Manchester City.
#Alexandre Lacazette
#Alexis Sanchez
#Arsenal
#Aubameyang
#Borussia Dortmund
#Gabon
#Henrikh Mkhitarayan
#Jerman
#Lyon
#Manchester United
#Olivier Giroud
#Perancis
#The Gunners
#The Telegraph
#Theo Walcott