ATM pasukan pilihan kata Hodak

Astro Awani
Januari 5, 2013 11:28 MYT
Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak bersikap diplomasi apabila menyifatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah malan ini (sepak mula 8.45 malam).
Jelas Hodak, barisan yang lengkap di setiap posisi dan pemain berpengalaman adalah kekuatan utama The Gladiators.
Tambah bekas pengendali MyTeam, ATM juga bakal tampil dengan pendekatan berbeza selepas kehilangan lima tonggak utama.
Lantas Hodak menasihatkan anak buahnya agar bersikap waspada terhadap ancaman oleh pihak lawan nanti.
Sementara itu, pengendali ATM B.Satianathan berharap perlawanan kali ini memihak mereka bagi menebus kekalahan final Piala Malaysia tahun lalu.
Kedua-dua jurulatih itu berkata demikian pada sidang media pra-perlawanan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Hadir sama naib presiden FAM Datuk Affendi Hamzah.
Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam itu akan ditentukan menerusi sepakan penalti jika kedua-dua pasukan seri tamat 90 minit permainan.
#ATM #B.Satianathan #Bojan Hodak #Kelantan
;