Atletico Madrid B13 bukan tandingan anak muda negara

Astro Arena
Jun 25, 2015 12:02 MYT
Skuad Malaysia B13 Tahun dari Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) menundukan Atletico Madrid dalam saingan Piala Iber (B13).
Skuad Malaysia B13 Tahun dari Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) memulakan kempen kejohanan sebenar di Eropah dengan menundukan Atletico Madrid dalam saingan Piala Iber (B13) di Costa Del Sol, Sepanyol.
Skuad muda negara menang dengan jaringan 1-0 menerusi Danial Amali pada minit ke 12.
Barisan pemain muda Atletico Madrid turut enggan bersalam dengan skuad negara kerana dikatakan kecewa dengan mutu pengadilan.
Keputusan itu bukanlah satu kejutan apabila sebelum tiba di Madrid pasukan yang mendapat sentuhan bekas jurulatih remaja Bayern Munich Lim Teong Kim itu telah menang kesemua 9 perlawanan persahabatan di Jerman.
Diantara 9 kemenangan itu, salah satu darinya adalah menewaskan Bayern Munich 2-1.
Sepanjang dua minggu anak-anak muda ini berada di Eropah, mereka telah melakukan pencapaian yang cukup membanggakan.
Sebelum berdepan Atletico Madrid, skuad bawah 13 tahun negara telah pun mencatat kemenangan 3-1 berdepan skuad B13 Pozuelo de Alarcon dan memalukan pasukan Pilihan Sepanyol Bawah 15 tahun 6-3.
Berjaya menundukan pasukan Pilihan Sepanyol merupakan satu keputusan yang cukup hebat apatah lagi di barisi pemain 2 tahun lebih tua.
Berikut adalah antara keputusan perlawanan persahabatan:
Malaysia 5-1 Red Bull Salzburg
Malaysia 2-1 Bayern Munich
Malaysia 2-2 Rayo Vallecano
Malaysia 0-0 Sevilla
#Atletico Madrid #Malaysia B13 #piala iber #Program Pembangunan Bola Sepak Negara
;