Atlet terbaik negara bagi 2017 bakal diketahui pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) yang dijadual berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, malam esok.
Majlis gilang-gemilang anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) itu bakal diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Selepas melalui proses penapisan yang teliti, lapan atlet lelaki disenarai pendek untuk merebut gelaran anugerah Olahragawan Negara manakala enam lagi bakal bersaing untuk menjulang gelaran Olahragawati Negara bagi 2017.
MSN dalam satu kenyataan hari ini, berkata calon bagi anugerah Olahragwan Negara terdiri daripada atlet berbasikal, Mohd Azizulhasni Awang; Mohd Syarul Azman Mahen (bina badan); Muhammad Hakimi Ismail (olahraga); Gavin Kyle Green (golf); Mohd. Fitri Saari (hoki); Mohamad Rafiq Ismail (boling) dan Khairul Hafiz Jantan (olahraga).
Bagi kategori Olahragawati Negara pula terdiri daripada Cheong Jun Hoong (terjun); S. Sivasangari (skuasy); Koi Sie Yan (gimrama); Fatehah Mustapa (berbasikal); Emma Firyani Saroji (boling padang) dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman (boling).
"Di atas kertas, jaguh keirin negara, Mohd Azizulhasni dan Jun Hoong dilihat memiliki peluang tetapi mereka perlu bersaing dengan beberapa lagi calon lain yang turut melakar nama di pentas antarabangsa dalam acara masing-masing sepanjang tahun lalu.
"Gelaran juara dunia yang berada dalam genggaman Azizulhasni dilihat memberi kelebihan kepadanya, namun ia bukan jaminan kerana pencapaian calon lain juga tidak kurang hebat. Namun, segala keputusan berada dalam tangan juri berkelayakan yang akan membuat segala pertimbangan untuk menentukan calon paling layak bergelar Olahragawan Negara bagi 2017," kata kenyataan itu.
Mohd Azizulhasni mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara acara keirin pada siri Kejohanan Dunia di Hong Kong tahun lalu, dan pada 1 Mac lepas, beliau dipilih sebagai Atlet Terbaik 2017 pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2017.
Turut menjadi pilihan merangkul anugerah Olahragawan Negara termasuk Khairul Hafiz Jantan yang mengakhiri penantian untuk menjulang pingat emas acara 100 meter pada Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun lalu.
Jun Hoong pula yang meraih pingat emas acara terjun 10 meter platform pada Kejuaraan Dunia di Budapest, Hungary, Julai tahun lepas, dilihat sebagai pilihan untuk anugerah Olahragawati Negara.
"Begitupun, dia perlu bersaing dengan Siti Safiyah dan Fatehah yang turut menggegar pentas antarabangsa sepanjang tahun lalu. Calon lain seperti Sie Yan, Sivasangari serta Emma Firyani juga tidak boleh diketepikan ekoran deretan kejayaan mereka cipta di arena antarabangsa sepanjang tahun lalu," kata kenyataan itu.
Bagi majlis itu, MSN menerima 83 senarai calon untuk 11 kategori yang ditawarkan pada edisi kali ini dan jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding edisi sebelum ini, sekali gus membuktikan prestasi atlet negara kini semakin melonjak ke tahap agak meyakinkan.
Kali ini, ASN menawarkan 11 kategori anugerah - Olahragawan dan Olahragawati Negara; Olahragawan Para dan Olahragawati Para Negara; Pasukan Lelaki dan Wanita Negara; Jurulatih Lelaki dan Wanita Negara; Anugerah Tokoh Sukan; Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.
ASN yang diperkenalkan sejak 1966 merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kejayaan cemerlang sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan pertubuhan sukan tanah air.
Ia bertindak sebagai dorongan dan motivasi kepada penggiat sukan negara untuk terus mempertingkatkan prestasi masing-masing.
SENARAI CALON OLAHRAGAWAN NEGARA:
1. Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (Bina Badan)
2. Muhammad Hakimi Ismail (Olahraga)
3. Mohd Azizulhasni Awang (Berbasikal)
4. Gavin Kyle Green (Golf)
5. Mohd Fitri Saari (Hoki)
6. Mohamad Rafiq Ismail (Boling)
7. Wong Weng Son (Wushu)
8. Khairul Hafiz Jantan (Olahraga)
SENARAI CALON OLAHRAGAWATI NEGARA:
1. S.Sivasangari (Skuasy)
2. Koi Sie Yan (Gimrama)
3. Fatehah Mustapa (Berbasikal)
4. Emma Firyani Saroji (Boling Padang)
5. Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman ( Boling)
6. Cheong Jun Hoong (Terjun)
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018
Selain Mohd Azizulhasni Awang, turut menjadi pilihan merangkul anugerah Olahragawan Negara termasuk Khairul Hafiz Jantan (gambar). Gambar fail
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pulangan ASB 2, ASM, sejajar dengan prestasi pasaran
ASB 2 mencatatkan jumlah pulangan tahunan sebanyak 4.75%, dengan pengagihan pendapatan sebanyak 4.75 sen seunit, sementara jumlah pulangan tahunan sebanyak 4.25% dicatatkan bagi ASM.