Atlet ski berstatus naturalisasi Jeffrey Webb dapat lampu hijau wakili Malaysia

Astro Arena
Ogos 3, 2015 21:46 MYT
Peluncur Ski negara (dari kiri) Jeffrey Webb, Khadijah Mirzan dan Othman Mirzan pada majlis Pelancaran Pasukan Ski dan Snowboard Malaysia. - Foto Bernama
Peluncur ski negara, Jeffrey Webb dapat lampu hijau mewakili Malaysia walaupun berstatus naturalisasi kerana bapanya berasal dari Amerika Syarikat.
Sebagai permulaan, tiga peluncur membentuk pasukan pertama mewakili Persatuan Ski Malaysia.
Mereka dibarisi Jeffrey, adik-beradik Othman dan Khadijah Mirzan.
Tumpuan buat Jeffrey memandangkan dia menetap di Amerika Syarikat dan hanya sesekali pulang ke tanah air.
"Saya sangat teruja untuk mewakili Malaysia untuk Sukan Asia dan saya akan terus meningkat lagi kemahiran saya," kata Jeffrey.
Mereka diperkenalkan secara rasmi sebagai pasukan ski dan papan luncur salji kebangsaan yang akan menyertai Sukan Asia musim sejuk 2017 di Sapporo, Jepun.
Misi utama ialah layak ke Sukan Olimpik musim sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea.
#Jeffrey Webb #Khadijah Mirzan #luncur #salji #ski #Ski Malaysia
;