Atlet ping pong muda bakal ke China timba ilmu

Astro Arena
Jun 20, 2016 20:45 MYT
Pemain negara diharapkan dapat belajar sesuatu daripada pasukan terhebat dunia di China. - Gambar hiasan
NAIB Presiden Persatuan Ping Pong Malaysia, Han Kee Juan menegaskan pemain-pemain perlu lebih bekerja keras bagi memastikan slot beraksi di Kejohanan Dunia pada masa akan datang memandangkan Malaysia belum pernah layak secara merit.
Tidak dapat disangkal lagi kehebatan China dalam mempertahankan kejuaraan buat kali kelapan di Kejohanan Dunia Berpasukan, Mac lalu
Kee Juan meletakkan sasaran tinggi buat pemain negara bagi meningkatkan prestasi setanding dengan pemain hebat dunia.
Bagi merealisasikan impian itu, mereka kini dalam perancangan besar untuk menghantar pemain muda jalani sesi latihan di luar negara khususnya China.
"Kami sentiasa menghantar untuk berlatih di sana kerana kami sudah biasa dengan keadaan di sana, dan kami sering berhubung dengan pihak di sana.
"Tetapi perbincangan utama kami adalah mengenai kos pembelanjaan," katanya.
Kee Juan selaku bekas bendahari bagi penggal 2014-2016 kini pikul tanggungjawab besar menggalas jawatan Naib Presiden selepas mesyuarat agung tahunan, AGM ke 32.
Bakal memegang jawatan berkenaan selama dua tahun, dia meletakkan sasaran utama buat skuad ping pong negara untuk terus mengharumkan nama negara di Sukan SEA 2017 nanti.
"Kami berkerja rapat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan sering membuat perjumpaan, dan skuad utama telah pun dibentuk tetapi mungkin ada perubahan kerana tiga pemain utama kami mengalami kecederaan."
#berita sukan #China #Han kee Juanm pemain negara #ping pong
;