Atlet pelayaran Khairulnizam julang Piala Eropah
Bernama
Mac 22, 2022 20:07 MYT
Mac 22, 2022 20:07 MYT
KUALA LUMPUR: Pelayar negara Khairulnizam Mohd Afendy muncul juara Piala Eropah EurlLCA 2022 di Port de Pollenca, Sepanyol, Ahad lepas.
Pelayar dari Selangor berumur 28 tahun itu menjulang trofi acara laser lelaki ILCA7 dengan mengumpul 12 mata bersih menerusi tujuh daripada lapan perlumbaan yang dijadualkan, menurut laman web kejohanan https://eurilca.org.
Pelayar Argentina Agustin Vidal meraih tempat kedua dan menamatkan kejohanan dengan satu mata mendahului juara Bawah-21 Gonzalo Suarez yang mewakili kelab Sepanyol Nautico Altea, selepas lapan perlumbaan.
Awal bulan ini, Khairulnizam, yang beraksi di Olimpik London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020, membawa pulang pingat perak di Kejohanan Pelayaran Asia di Abu Dhabi.
-- BERNAMA