Atlet Nigeria atasi rekod dunia 100m lari berpagar wanita di Kejohanan Olahraga Dunia

Bernama
Julai 25, 2022 12:32 MYT
Tobi Amusan menunjukkan pingat emas yang dimenangi bagi acara 100 meter lari berpagar wanita di Kejohanan Olahraga Dunia, 24 Julai 2022, Eugene, Oregon. (Foto AP)
EUGENE (Amerika Syarikat): Tobi Amusan dari Nigeria mencatat rekod dunia baharu dalam acara 100 meter lari berpagar wanita pada penutup Kejohanan Olahraga Dunia di sini pada Ahad, lapor Xinhua.
Atlet Nigeria itu memperbaharui rekod dunia dengan catatan masa 12.12 saat, mengatasi rekod sebelum ini milik atlet dari Amerika Syarikat Kendra Harrison dengan catatan masa 12.20 saat yang dibuat pada Julai 2016.
-- BERNAMA
#Kejohanan Olahraga Dunia #Tobi Amusan #100 meter lari berpagar #rekod dunia
;