Atlet negara Pandelela Rinong jadi mangsa jenayah siber
Kohilah Sekaran
Ogos 12, 2015 15:45 MYT
Ogos 12, 2015 15:45 MYT
TIDAK mahu dirinya dipalit kontroversi, ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg tampil bersuara mengenai kewujudan akaun laman sosial Twitter palsu yang menggunakan nama dan gambarnya.
Atlet wanita Malaysia pertama meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik itu menafikan akaun yang menggunakan handler @Pandelela itu miliknya menerusi satu kenyataan di akaun Twitter rasminya, Lulu G Dolphine.
"Ini merupakan akaun Twitter rasmi saya, @Pandelela_R. Sila abaikan akaun lain yang berpura-berpura menjadi saya," tulis Pandelela Rinong dalam akaun Twitternya.
Terdahulu, akaun Twitter palsu Pandelela Rinong memuat naik sekeping gambar kain rentang dengan muka seorang Menteri Malaysia bersama kapsyen berbaur sinikal.
Sejurus selepas posting itu dibuat, pelbagai komen ditinggalkan para netizen.
Pandelela Rinong yang menyedari perkara tersebut kemudian mengumumkan bahawa akaun tersebut bukan miliknya, lantas meminta bantuan netizen untuk melaporkan perkara tersebut.
“Akaun Twitter itu memuat naik status yang bersifat politik dan yang berbahaya di bawah nama saya,” kata Pandedela Rinong.