Atlet luncur ais Korea cemas, baju hampir terlucut
Raja Hisyam Raja Zaid
Februari 13, 2018 10:13 MYT
Februari 13, 2018 10:13 MYT
Kerancakkan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang sedang berlangsung di Pyeongchang semalam menarik perhatian ramai ketika berlangsungnya tarian luncur ais yang disertai atlet tuan rumah terkenal Yura Min apabila kostum yang dipakainya hampir terlucut.
Insiden tersebut berlaku ketika atlet itu baharu sahaja memulakan persembahannya.
Menerusi video yang telah dimuat naik, atlet berusia 22 tahun itu dilihat beberapa kali cuba membetulkan bajunya yang agak terdedah di bahagian dada.
Ia jelas kelihatan setiap kali dia membuat pusingan bersama pasangannya Alexander Gamelin di mana Yura secara jelas cuba menarik bajunya itu.
Bagaimanapun, dia tetap dengan tenang meneruskan acara itu dan pasangan itu berjaya menamatkan persembahan mereka.
Beliau yang ditemui oleh media selepas itu berkata dia pada mulanya berasa takut sebaik menyedari cangkuk belakang bajunya itu tercabut ketika sedang memulakan aksi.
Namun beliau mengambil keputusan drastik untuk meneruskannya juga kerana tidak mahu mengecewakan penyokong tuan rumah yang hadir dan takut sekiranya mata persembahannya ditolak.
#atlet
#baju
#Cuba
#Korea
#Korea Selatan
#Korea Utara
#malu
#Media
#Olimpik
#rumah
#sukan
#terlucut
#video