Atlet Kenya menang Marathon anjuran Myanmar

Astro Awani
Januari 28, 2013 11:10 MYT
Buat ulung kalinya, Myanmar menganjurkan kejohanan marathon antarabangsa pada ahad.
Saingan itu dimenangi atlet Kenya, Joseph Gitau Kariuki dan Mi Mi Aye untuk kategori wanita.
Berlangsung di Yangon, lebih satu ribu peserta mengambil bahagian dalam larian ini.
Kategori elit lelaki menyaksikan Kariuki tidak berdepan tentangan hebat.
ia terbukti apabila dia jauh meninggalkan peserta lain sepanjang saingan.
Dia menamatkan perlumbaan dengan catatan dua jam, 19 minit dan 13 saat mengatasi Onesmus Miundi.
Bagi kategori elit wanita pula, Mi Mi Aye merekodkan dua jam, 46 minit dan tujuh saat bagi menduduki tempat pertama.
ia mengatsi rakan senegaranya Pa Pa dan Nilar San.
Sebagai juara, masing-masing menerima hadiah wang tunai dua ribu lima ratus dolar amerika.
#Joseph Gitau Kariuki #marathon #Mi Mi Aye #Onesmus Miundi
;