Atlet kayak Malaysia cedera dipercayai mangsa pemandu mabuk
Astro Arena
Mei 14, 2024 07:05 MYT
Mei 14, 2024 07:05 MYT
DOAKAN kesembuhan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, yang dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk dan diseret sejauh 600 meter.
Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, melaporkan mangsa ditimpa kemalangan di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) menuju ke Southkey.
Menurut saksi beserta rakaman, sebuah kereta disyaki memandu dalam keadaan terhuyung hayang sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang diseret sejauh lebih kurang 600m.
Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan itu kini dirawat di Hospital Columbia Asia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius.
Dia sering menggunakan laluan EDL untuk pulang ke rumah dan menjaga ibu bapanya.
Ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan sementara bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis.