Atlet gimnas raih emas luar biasa
Astro Arena
Jun 14, 2015 18:38 MYT
Jun 14, 2015 18:38 MYT
Altet gimnas negara Koi Sie Ya dan N Shasangari Sivaneswary membuat kejutan bagi acara gimnastik berirama apabila keduanya merangkul pingat emas di Pusat Sukan Bishan hari ini.
Bagi acara all-around mereka perlu beraksi dalam acara gegelung, bola, clubs dan reben.
Mereka mengutip mata sama 60.250 mata sekaligus meraih emas manakala gimnas Thailand membawa pulang pingat perak.
Keputusan di luar kebiasaan itu turut menyaksikan tiada pingat gangsa diraih mana-mana atle.