Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali

Bernama
Oktober 31, 2024 12:50 MYT
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena Deepavali. - Gambar Majlis Sukan Negara
KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Fraser & Neave Holdings Berhad (F&N) menyampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
Tiga bekas atlet negara yang menerima sumbangan itu adalah bekas pelumba kerusi roda, M. Balle, diikuti V. David (para ping pong) dan bekas atlet olahraga, Saravanan Govindasamy yang kini menetap di Pulau Pinang.
Dalam program kolaborasi ini, sumbangan turut diberikan kepada atlet semasa termasuk Geerijaieswaran Pillai Sivanesan dari sukan karate, R. Vikneswaran (Boccia) dan atlet bina badan, L. Palavendiran.
"Saya berterima kasih dan berharap kunjungan seperti ini dapat mengurangkan beban untuk menyambut perayaan masing-masing," kata Saravanan dalam kenyataan program kolaborasi itu, hari ini.
Sementara itu, Balle berkata: "Terima kasih kepada MSN dan 100PLUS kerana mengurangkan beban kami untuk pulang ke kampung halaman dan menyambut hari raya Deepavali bersama saudara mara,".
Dalam pada itu, Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, pihaknya mengalu-alukan syarikat swasta untuk membantu atlet semasa dan bekas atlet yang mengalami beban kewangan untuk meringankan beban kerana mereka telah berjuang atas nama Malaysia. - BERNAMA
#Deepavali #sumbangan pada atlet #Yakeb #sumbangan deepavali
;