Atasi Everton tidak cukup bawa Arsenal ke UCL
Astro Arena
Mei 22, 2022 06:00 MYT
Mei 22, 2022 06:00 MYT
ARSENAL menamatkan musim dengan kemenangan 5-1 ke atas Everton namun tidak cukup untuk mendapatkan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan.
Skuad kendalian Mike Arteta memerlukan kesilapan daripada Tottenham ketika bertemu Norwich City bagi menghadirkan harapan untuk menamatkan saingan di tempat keempat semalam.
Arsenal bagaimanapun menghadirkan aksi yang cukup baik bertemu Everton, Gabriel Martinelli membuka jaringan pada minit ke-27 dan Eddie Nketiah kemudian menggandakan jaringan.
Jaringan daripada Cedric Soares dan Gabriel Magalhaes membenarkan The Gunners mendahului 4-0, sebelum Donny van de Beek menjaringkan gol pertama buat Everton dalam penampilan terakhirnya.
Namun, kemenangan mudah 5-0 Spurs di Carrow Road menyaksikan usaha Arsenal tidak mendatangkan hasil apabila sekadar menamatkan saingan di tempat kelima, dengan Martin Odegaard melengkapkan kemenangan mereka.