Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua
Astro Awani
Jun 27, 2024 18:00 MYT
Jun 27, 2024 18:00 MYT
PETALING JAYA: Astro memenangi kejohanan Allianz Media Badminton mereka yang kedua dengan menewaskan juara bertahan dan pemenang dua kali New Straits Times Press (NSTP) 2-1 untuk menyamakan jumlah kemenangan dengan NSTP di TT Sports Centre.
Kemenangan dalam perlawanan pertama Beregu Lelaki dan Beregu Campuran sudah cukup untuk Astro memimpin 2-0. Tempat ketiga dimenangi oleh Bernama manakala gelaran Plate dimenangi oleh China Press.
Kejohanan Allianz Media Badminton 2024 yang keempat menampilkan sepuluh pasukan termasuk pasukan Allianz Malaysia. Harian Metro adalah pasukan media terbaharu yang membuat penampilan sulung mereka tahun ini. Kejohanan ini dimainkan dalam format round-robin yang menampilkan dua Beregu Lelaki dan satu Beregu Campuran.
"Pertandingan media tahunan ini adalah sesuatu yang saya nantikan kerana badminton adalah sukan yang saya sangat gemari. Ia juga memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi dengan rakan media di luar kerja.
"Seperti yang selalu saya katakan, bekerja keras bermain keras dan tahniah kepada semua pemenang hari ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad dan kapten pasukan Allianz, Sean Wang.
Keputusan:
Juara – Astro
Naib Juara – NSTP
Ketiga – Bernama
Keempat – The Star
Juara Plate – China Press
Naib Juara Plate – Media Mulia
Saguhati - Harian Metro, Sinar Harian dan Malaysiakini
Senarai pemenang Allianz Media Badminton:
2019 - New Straits Times
2020 –MCO
2021 - MCO
2022 - Astro
2023 – New Straits Times
2024 - Astro