Astro kolaborasi bersama MAB, komited cipta kandungan lebih inklusif

Astro Arena
September 3, 2024 08:00 MYT
Datuk George Thomas. - Foto Astro ARENA
ASTRO kekal komited dalam mencipta kandungan yang lebih inklusif selain meningkatkan kesederaan terhadap media yang mudah diakses untuk individu cacat penglihatan.
Oleh itu, Astro mengambil pendekatan berkolaborasi bersama Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) serta 60 selebriti seperti Mierul Aiman, Kimberly Chuah, Safee Sali dan Zaquan Adha yang juga hadir memeriahkan program.
"Inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin daripada program ini," kata Datuk George Thomas.
Dalam pada itu, inisiatif ini juga bagi mempromosikan drama pertama yang menghasilkan penerangan audio iaitu 'Dari Mata Turun Ke Hati' yang ditayangkan pada 12 Ogos hingga 5 September.
"Sebelum ini saya tidak pernah tahu bagaimana orang buta belajar, tetapi zaman sekarang ini tidak ada yang mustahil. Mereka tetap boleh bekerja. Ini inisiatif yang baik," tambah Zaquan Adha.
#Astro #MAB #orang buta #Persatuan Orang Buta Malaysia