Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang

Astro Awani
Mei 5, 2024 11:30 MYT
Negeri yang turut akan dikunjungi skuad AKB adalah Pulau Pinang, Johor, Kelantan, dan Selangor.
SERAMAI 363 peserta hadir memeriahkan Astro Kem Badminton yang diadakan di Kompleks Sukan Relau, Pulau Pinang pada Sabtu.
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Salah seorang bapa peserta, Sivaraman Marapen turut teruja membawa anak-anaknya dari Batu Gajah, Perak untuk menyertai kem tersebut.
“Kalau boleh saya mengharapakan mereka (anak-anak) sampai ke peringkat akhir dan menyertai akedemi BAM. Kalau boleh latihan ini melayakkan mereka sehingga ke peringkat lebih tinggi atau “junior champion” pun dah okay.
Coaching dari BAM berpengalaman tinggi, jadi dengan penyertaan ini mereka akan dapat lagi banyak pengalaman,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah berkata latihan intensif itu merupakan peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Sabah menjadi pilihan sebagai lokasi pembuka tirai Astro Kem Badminton edisi 2024.
Negeri yang turut akan dikunjungi skuad AKB adalah Pulau Pinang, Johor, Kelantan, dan Selangor.
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
#Astro Kem Badminton #Akademi Badminton Malaysia #Felet #Carrie Bacbuster
;