Astro Awani menang anugerah SAM 2012
Astro Awani
Februari 19, 2013 21:45 MYT
Februari 19, 2013 21:45 MYT
Astro Awani memenangi satu daripada enam kategori yang dipertandingkan bagi Anugerah Kewartawanan Sukan SAM 2012.
Ia hadir menerusi kategori Laporan Berita Terbaik Media Elektronik oleh Editor Sukan, Fadzrie Hazis.
Fadzrie memenangi anugerah tersebut menerusi laporan "Tiada Penyelenggaraan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)".
Pemenang menerima hadiah wang tunai RM3,000 trofi dan hadiah iringan.
Astro Awani juga berada dalam tangga lima terbaik bagi kategori Ulasan Sukan Media Elektronik dan Laporan Khas.
Ia menerusi ulasan wartawan Syamil Izwan Azizan bertajuk "Kembara Nazmi ke Portugal" dan laporan Zulhelmi Zainal Azam "Peranan Psikologi Dalam Sukan" yang membolehkan mereka membawa pulang hadiah awang tunai RM500.
Anugerah Utama Kewartawanan Sukan kali ini milik wartawan akhbar The Star, Rajes Paul menerusi laporan "Please Don’t Discriminate".
Dia yang mengungguli kategori Ulasan Sukan Terbaik Media Cetak menerima hadiah wang tunai RM7,000 beserta trofi kemenangan.