Astro Arena raih tempat ketiga Sukan Media MSN 2016
Astro Arena
Februari 1, 2016 09:36 MYT
Februari 1, 2016 09:36 MYT
ASTRO ARENA meraih tempat ketiga acara bola sepak Sukan Media Majlis Sukan Negara MSN 2016 selepas menewaskan persatuan Jurufoto Media Malaysia MPPA 3-2 dalam penentuan sepakan penalti tempat ketiga/keempat pada Ahad.
Selepas badminton dan tenpin boling, bola sepak menjadi acara kemuncak Sukan Media MSN yang berlangsung di padang MSN Bukit Jalil.
Diketuai penyampai berita Nadi Arena Hafizal Hamad, Astro Arena tampil garang pada aksi pertama apabila membelasah RTM 3-0 sebelum menang empat perlawanan berturut-turut untuk muncul juara kumpulan B.
Bertemu Utusan/Kosmo! pada separuh akhir, Astro Arena bangkit daripada ketinggalan mengikat kedudukan 3-3 sebelum perlawanan terpaksa ditentukan menerui sepakan penalti.
Nasib nyata tidak menyebelahi Astro Arena apabila tewas 2-3, namun berjaya menebus kehampaan itu menerusi pingat gangsa.
"Kita akan cuba untuk anjurkan lagi Sukan Media ini dan menjadikan ia sebagai acara tahunan," kata Khairy.
Sementara itu, dalam acara tenpin boling, Astro Arena berjaya merangkul dua perak menerusi acara berpasukan dan individu.
Turut hadir menyampaikan hadiah Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa.