Aston Villa sambar pertahanan serba boleh Calum Chambers
Sinar Harian
Januari 28, 2022 09:58 MYT
Januari 28, 2022 09:58 MYT
ASTON Villa memperkukuhkan bahagian pertahanan kelab tersebut apabila merekrut pemain serba boleh, Calum Chambers daripada Arsenal bagi mengharungi baki saingan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Menurut kelab itu, The Villans kendalian Steven Gerrard berkenaan mengikat bekas tonggak The Gunners tersebut selama tiga tahun dengan pilihan 1/2 tahun.
Pemain berusia 27 tahun itu yang boleh beraksi di pertahanan tengah dan pertahanan menyertai Aston Villa selepas tujuh tahun lebih membawa cabaran bersama The Gunners.
Chambers semasa menyarung jersi Arsenal, telah melakukan 122 penampilan dalam semua pertandingan dengan kemuncak menjulang kejuaraan Piala FA pada 2015.
Chambers, yang memiliki tiga penampilan bersama England, kali terakhir menggalas cabaran bersama skuad kendalian Mikel Arteta adalah ketika berdepan Liverpool di Anfield dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga pada 13 Januari lalu.
“Aston Villa merupakan tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi dan semua orang boleh melihatnya dari luar.
“Sejujurnya perkara sedang berlaku di kelab ini dan saya percaya sudah pasti ia bergerak ke arah yang betul.
"Pengurus Steven Gerrard sebelum ini memainkan peranan besar semasa bersama Rangers FC. Dia seorang pengurus muda yang berjiwa besar serta bersemangat dan saya tidak sabar untuk bekerja dengannya di Villa Park," ujar Chambers.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.