ASTAF boleh gantung Presiden PSM 'Tok Mat' seumur hidup
Astro Arena
April 15, 2021 08:40 MYT
April 15, 2021 08:40 MYT
PRESIDEN Persatuan Sepaktakraw Malaysia, (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail, bakal berdepan penggantungan seumur hidup daripada terbabit dengan sebarang aktiviti sepak takraw seandainya didapati bersalah menjatuhkan reputasi Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).
Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader, menjelaskan 'Tok Mat' tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam persatuan itu sehingga kes perbicaraannya selesai.
Dia diberi tempoh selama 14 hari untuk memberi maklum balas berkenaan hukumannya sebelum badan induk sepak takraw Asia itu membuat keputusan ke atas keempat-empat pertuduhan yang dikenakan, sekali gus menyaksikan dia berkemungkinan digantung dalam satu tempoh masa, digugurkan keahlian, denda, gantung seumur hidup atau kombinasi beberapa hukuman sekiranya disabit kesalahan.
Salah satu pertuduhan ke atas Tok Mat adalah melanggar artikel 5.5. menerusi kenyataan bertulis pada 24 Februari lalu kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarbangsa (IOC) bagi tujuan mendapatkan campur tangan kedua-dua badan itu dalam sesi pemilihan Kongres ASTAF pada 1 Mac lalu.
Sebaik selesai pemilihan, Tok Mat mendakwa terdapat penipuan ketika kongres berlangsung sejurus dia di samping beberapa calon PSM lain tewas dalam perebutan jawatan masing-masing selain tidak menolak kemungkinan untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
#Persatuan Sepaktakraw Malaysia
#PSM
#Ahmad Ismail
#gantung seumur hidup
#gantung
#sepak takraw
#menjatuhkan reputasi
#Astaf
#Persekutuan Sepak Takraw Asia
#Abdul Halim Kader
#perbicaraan
#Hukuman
#Tok Mat
#pemilihan
#Kongres ASTAF
#perebutan jawatan