Ashleigh Barty juara Wimbledon 2021
Syafik Shukri Jalil
Julai 10, 2021 23:28 MYT
Julai 10, 2021 23:28 MYT
Ashleigh Barty memperkukuhkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia apabila meraih kejuaraan Grand Slam keduanya menerusi final Wimbledon 2021 sebentar tadi.
Menerusi aksi penuh mencabar itu, Ashleigh berjaya menundukkan Karolina Pliskova dari Republik Czech di Center Court dengan catat kemenangan 6-3, 7-6 dan 6-3 menerusi set pertama dan penentuan.
Di set pertama, Pliskova gagal mempamerkan aksi mantap membolehkan Ashleigh mendahului aksi mendominasi permainan.
Bagaimanapun Pliskova bangkit di set kedua memberi saingan luar biasa kepada Ashleigh sehingga hampir memusnahkan impian juara Terbuka Perancis 2019 untuk meraih trofi kemenangan kali ini.
Namun semangat Ashleigh membolehkan dia terus bangkit dan mendominasi set ketiga (penentuan) sehingga berjaya menyekat kemaraan Pliskova.
“Karolina merupakan pesaingan yang hebat dan memberikan saat yang sukar untuk saya beraksi.
“Namun secara berulang kali saya memotivasikan diri saya untuk terus fokus dan memberikan aksi yang cemerlang dan memenangi trofi kali ini,” katanya.
Ashleigh merupakan jaguh tenis Australia pertama dalam tempoh 41 tahun yang mara ke pusingan akhir Wimbledon selepas Evonne Goolagong yang berjaya meraih kejuaraan pada 1971 dan 1980.
Pada 2019, Ashleigh meraih trofi grand slam pertama miliknya selepas berjaya menewaskan Marketa Vondrousova juga dari Republik Czech dengan 6-1 dan 6-3.