Arul Selvaraj tidak setuju dilantik kendali Skuad Projek 2016

Astro Awani
Januari 14, 2014 10:51 MYT
Penolong jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj tidak setuju dilantik pengendali Skuad Projek 2016 kerana mendakwa kontraknya ialah bersama pasukan kebangsaan.
Arul menerima berita mengejutkan sebaik pulang dari Ireland, Sabtu lalu apabila dicadangkan sebagai jurulatih Skuad Projek 2016.
Lebih mengecewakannya, namanya dicadangkan sendiri oleh rakan karibnya, yang juga ketua jurulatih, Paul Revington.
Namun, Arul menolak khabar angin hubungan mereka dingin.
Ketika ini, Revington memiliki 5 penolong jurulatih iaitu Arul, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, Azlan Bakar, K Gobinathan dan jurulatih penjaga gol, M Nadarajah.
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan mengumumkan identiti jurulatih Skuad Projek 2016 selepas tamat Liga Hoki Remaja, 15 Mac depan.
#Arul Selvaraj #hoki #Konfederasi Hoki Malaysia #Paul Revington #Skuad Projek 2016
;